RedGage is the best way to earn real money from your photos, videos, blogs, and links.

Penganggur Jangan Mengalah

TA adala seorang penganggur dan TA terpaksa akui dengan pahit bahwa, sebahagian besar sebab TA tak dapat kerja adalah datang daripada TA sendiri. Tapi bukan 100%. Ada sebab dan faktor lain juga. Tapi dalam keadaan begini, TA tak perlu menunding jari pada sesiapa dan menyalahkan mana-mana pihak. Sebabnya ia adalah satu fenomena pada masa kini dan apa yang penting adalah mengatasinya dan bagi diri TA, TA jangan mengaku kalah dan perlu mencari jalan agar TA dapat mencari rezeki untuk diri TA, dan masa depan TA. Kalau pun TA nak salahkan sesiapa, apa akan TA dapat?

Kalau TA tak boleh dapat rezeki melalui pekerjaan biasa, TA carilah jalan lain. Bumi ini luas, apa yang TA perlu buat adalah think out of the box ( berfikir keluar dari kotak) dan berusaha.
Dan inilah yang TA sedang usahakan. Laman web. TA amat berminat dengan hal perkembangan diri, perhubungan anatarabangsa dan pengurusan harta. TA amat berminat dengan sesuatu yang berfaedah semua dan TA nak berkongsi dengan semua dengan ilmu yang TA dapat. Lagipun TA amat gemar membaca, mencari ilmu dan mendengar pendapat orang lain. Dan TA sendiri dah buat banyak kajian, yang internet dan melalui blog, pengguna boleh mendapatkan pendapatan. TA sedar jalan ini tak akan mudah dan banyak halangan akan ditempuhi, tapi TA tidak mahu mengalah

TA pernah dengar orang cakap, ijazah hanyalah segulung kertas, tapi apa yang penting
ialah apakah yang diperolehi daripada proses mendapatkan kertas itu. TA mengambil masa 5 tahun sebelum medapat ijazah dan menganggur selama setahun dua bulan sebelum mendapat kerja pertama. Itupun atas ihsan orang lain.

Tapi kena selalu ingat tiada perkara yang mudah dalam dunia ini, opp silap, perkara yang paling mudah dalam dunia ini adalah menjadi susah, tapi untuk menjadi senang, amatlah susah. Klaau orang lain bekerja 8 jam sehari mengadap computer, pelanggan, mesyuarat dan membuat pelbagai kerja lain untuk mendapatkan gaji bulanan, TA terpaksa bekerja sendiri, mengkaji dan dalam yang sama berperang dengan diri sendiri, bertanya pada diri, adakah ni berbaloi? Adakah aku akan mendapat income? Kan susah? Tapi TA selalu sematkan dalam hati di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

TA pilih ini kerana TA amat berminat membaca, menulis dan internet, jadi TA pilih cara ini. Ta akan cari topic yang TA minat dan buat kajian dan akan sampaikan balik dalam bahasa yang mudah untuk pelawat laman web TA. Untuk dua bulan pertama ini, usaha ini nampak tak berbaloi dan kadang-kala TA rasa give up, tapi TA perlu buat sesuatu. TA selalu set dalam fikiran, tiada yang mudah dalam kehidupan. Kalau orang lain bekerja 8 jam sehari dan mendapat pendapatan yang stabil, TA perlu bekerja lebih kuat sebab pendapatan TA tak tentu lagi. Dan TA tak nak mengalah pada keadaan.

Untuk kawan lain yang dalam situasi yang sama, jangan mengalah. Cuba cari perkara yang anda minat dan usahakan dari situ. TA juga tetap cari kerja lain kerana TA tak tau sama ada apa yang TA usahakan ini akan berhasil atau tidak. Tapi selagi kita tak cuba, selagi itulah kita tak tau. TA juga baru pos permohonan untuk SLAB dan TA tengah tunggu keputusan temuduga KPLI.

Tapi perlu diingat setiap apa yang diusahakan semuanya mestilah kerana Allah, ikhlas dan kena berusaha betul- betul. Jangan buat sambil lewa sahaja atau seperti melepaskan batuk di tangga, tak gunalah macam tu. Sebab tu hasil susah nak dapat sebab tak bersungguh. Semalam TA poskan borang SLAB dan TA cakap pada mak. “ mak macam mana yer kalau gagal?” mak TA jawab, “ tak apa, sekurangnya TA dah berusaha, dapat atau tak, semua urusan Allah”.

Dalam keadaan macam ini, TA selalu rasa tak puas hati, sebab kenapa sesetengah orang lebih senang kehidupannya berbanding orang lain. Dan jawapannya
1. Mana kita tau kehidupan orang itu lebih senang daripada kehidupan kita, mngkin dia ada masalah lebih besar dari kita, tapi kita yang tak tau.
2. Mungkin orang itu lebih berusaha lebih keras daripada kita, jadi dia dapat apa yang dia berhak.
3. setiap kejadian yang berlaku pasti ada sebabnya dan hikmahnya. Allah tidak akan menguji hambanya kecuali Allah tahu bahawa hamba-Nya itu mampu menghadapinya. (hadis)

Dalam Islam, pun tidak dibenarkan orang Islam untuk mengalah. Contoh terhebat, Nabi Muhammad, (s.a.w), sebelum beliau mendapat kejayaan, selama beberapa tahun beliau berdakwah di Mekah, tapi Rasullah (s.a.w) hanya mendapat beberapa pengikut sahaja. Tapi Rasullah tidak pernah putus asa, dan tetap dengan iman yang kuat, meneruskan dakwah, lagilah dengan cabaran dan tentangan yang hebat , tapi sedikit pun tak melunturkan semangat baginda, malah Baginda semakin tabah dan berusaha. Lihat sekarang kejayaannya, berbilion umat Islam di bumi ini dan Islam berjaya berkembang.


Ingatlah pepatah melayu
Berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenag-senang kemudian.

TA suka tengok cara orang dapat duit. Sebenarnya, banyak cara kita boleh dapat duit. Tapi nasihat yang TA selalu dapat, usahakan minat anda. Contoh anda amat minat mengait, jadi jadikan kaitan anda sebagai sumber rezeki anda. Tapi datang pula soalan ini, bagaimana nak jual? Ada ke orang nak beli? Tambah perit bila ada orang mempersendakan apa yang kamu buat. Ala, ada ijazah tak guna, kerja mengait gak.

Tapi satu soalan perlu difikirkan. Bagaimana kejayaan seseorang diukur?
Bagi amatan TA, kekayaan luaran yang menjadi ukuran. Contohlah, TA pemegang ijzah, tapi tak mampu beli kereta, tapi jiran TA yang hanya bekerja sebagai pekerja industri ( operator kilang) dah ada kereta. Maka, TA akan jadi bahan sindiran dan perbualan.

p/s: TA mungkin akan kerja kilang kalau KPLI gagal, SLAB gagal dan tak dapat kerja lain.

Berbalik pada persoalan yang TA sebut tadi, bagaimana kejayaan seseorang diukur, walaupun anda pemegang ijzah, tapi anda mengait dan menghasilkan pendapatan lumayan, melebihi pendapatan yang anda akan terima kalau anda bekerja 9-5, mana orang lebih pandang? Dalam situasi ini akan timbul juga penilaian orang.

1. Ala apa guna ijzah tu? Memanglah dapat banyak duit mengait, rugi jerlah bayar banya-banyak nak dapat ijzah tu.
2. Rugi ko mengait ni, orang tak pandang. Memanglah dapat duit, tapi tak canggihlah. Apa gunanya ijazah ko tu?

Dalam situasi ini, ada macam- macam lagi pendapat orang. Tapi apa yang penting adalah diri kamu. Apa jua orang cakap, tak sepatutnya mempengaruhi kamu membuat keputusan, melainkan kalau kamu sendiri membiarkan diri kamu dipengaruhi oleh kata-kata mereka.

Seperti yang saya sebut tadi, apa yang penting dalam mendapat ijazah adalah bukan ijazah itu sahaja, tapi apa ynag diperoleh dalam proses kamu mendapat ijazah tersebut. Bukankah kamu terpaksa melakukan pelbagai perkara, terpaksa bersengkang mata menyiapkan assignments dan kadang-kadang terpaksa berlapar semata untuk membeli peralatan utnuk menyiapkan sesuatu tugasan itu? Bukankah semua perkera tersebut mengajar anda dan saya erti berusaha, tabah dan jangan putus asa. Apabila assignment direject, anda terpaksa buat semula, kena marah oleh pensyarah, dan pelbagai pengalaman lagi, bukankah itu suatu yang berharga yang perlu dipraktikkan lagi di dunia luar ini?

Saya katakana ini khas untuk diri saya yang kerap menangis dan sering mahu mengalah, tapi walau apa pun orang kata, saya penganggur, tapi saya tahu, saya berusaha, dan saya tidak akan sekali- kali rasa menyesal dengan ijazah yang saya terima, kerana dari situ pengalaman yang saya perolehi amat bernilai.
Thanks. Your rating has been saved.
You've added this content to your favorites.